“Ziarah Rumah Asnaf Pakai Kaca Mata Hitam & Airpods, Tak Ada Adab Ke?”
Selepas sekian lama tidak timbul dengan sebarang kontroversi, nampaknya nama penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi menjadi perbualan hangat di laman Twitter. Baru-baru ini, penyanyi itu ada mengikuti program PH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor.
Stesen radio terbabit berkongsikan foto sekitar program tersebut di laman Twitter, bagaimanapun penampilan Haqiem Rusli yang memakai kaca mata hitam dan airpods ketika menziarahi rumah seorang asnaf dikecam teruk oleh netizen.
BACA: Dulu Boros Sekarang Jimat, Haqiem Rusli Berniaga Burger Pula
Rata-rata netizen berpendapat Haqiem seolah tidak menghormati tuan rumah dengan penampilannya yang dilihat kurang sesuai ketika kunjungan tersebut. Tidak kurang juga ada yang melabel Haqiem seorang yang tidak ada adab.
Ada juga berpendapat, sebagai selebriti Haqiem menunjukkan contoh dan teladan yang baik supaya boleh menjadi ikutan oleh peminat. Bagaimanapun ada segelintir netizen memberikan komen sindiran agar tidak mengecam penyanyi itu kerana bimbang akan mengalami kemurungan.
Tiada salahnya kalau hendak bergaya atau memakai cermin mata hitam, tapi biarlah kena pada tempatnya. Jika di atas pentas tiada masalah, tetapi jika untuk program seperti ini bersedialah untuk dikecam oleh netizen.
- SUMBER
- BeautifulNara
aku pelik dgn artis2 ni..kalau interview utk programe tv pun pakai kaca mata…kau tgk artis hollywood ade mcm kau org ke??.ko artis stakat dlm malaysia jer lah weii..tak payah budget sgt..takot org tau mata kau menipu ke???..dulu2 pakai topi dlm rumah depan mak bapak pon mau kena plankong dgn mak bapak sbb di katanya takde adab tau .
Lantak diorg lah wei. Bkn berdosa pun pakai kaca mata itam. Bnde remeh mcm ni korang kecoh. Byk lg isu semasa yg perlu dipikirkan
Adab nampak kecik tp klo dibiarkan akan melahirkan bangsa2 y xbertauliah punya perangai.. titik beratkan adab itu penting dr adat.. harap maklum
apa jadi kakak ipar dgn adik ipar gaduh ni?
Artis budget biasaler
Hahahaha mmg geli geleman ngan mamat ni..tah ape2nye tak panas x de matahari x sakit mata gatal pki glasses..agak2 nk menunjum ke cmne?anak2 raja yg sah2 kaya pon x poyooo cm ko HAQIM RUSLIII oiii????..tlglaa final muzik2 ko x burukkn performance ..mata elok Allah bg..silaaa gunakan ??
menyampah.bakat takde setara mane ko ni .. kontroversi je lebih.
Wow.terserlah patatimo.setaro
Awk smua tau ke yg dia mmg sngaja pakai smua tu? Mngkin masa tu dia sakit mata ke…mata merah ke…jgn la bt tuduhan melulu…dh tu org yg sakit mata pakai spek dlm rumah xde plak kena kutuk…earpod tu mngkin dia lupa nk tgglkan…manusia kn…xpnh lari dri buat silap…awak smua jgn la mcm tu…jgn hidup kt dunia ni nk kecam org je…xde benda lain ke nk buat…
Bole sy tau…adakah dia tgh sakit mata pada masa itu? Mungkin sakit mata beliau smpai kena pkai Airpods ditelinga? Apa mungkin Airpods tu ingt menunjukkn bahawa dia pon tgh sakit telinga or pekak? Apa mungkin menjadi kebarangkalian.. hmmm sama2 kita bincangkan..zhaasssssssss!!!!
No big deal. Cuba yg buat tu artis pujaan korang mesti korang buat lek je. Huahuahua
Sy mnat aizat.dr chubby ke slim,amat mrendahkn dri.xbyk gssip bruk2 psal dia pn.so hakiem ko bru lg sthun jgung,bykkn bljr mrendah dri.ni lgu x sberapa..gssip bruk psal ko je yg femes.nk than lma dlm industry ni..sty humble.u not perfect enough.
Budak ni byk masaalah. Attention seeker. Tu sbb xder depressi tapi cakap ada. Sekali Tuhan bagi dia depressi.Tiada keyakinan diri. Takut nk bertentang mata, pakai cermin mata walaupun didlm rumah org sbb takut pecah rahsia keburukan diri. Hidung sentiasa tersumbat, percakapan sengau jadinya. So annoying.
Artis indonesia tak ada yg mcm tu. Hahahaha memalukan .
Aizat rileks je siap dok atas lantai lagi. Okla jom sangka baik, hari tu dia sakit mata so kene pakai spek, telinga nanah kene tahan dgn airpod dan sakit kaki so kene dok atas kerusi.