Perkongsian pelakon Nabila Huda di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa geram dengan segelintir netizen yang memperlekehkan bentuk badannya.

Bukan itu sahaja, Nabula turut berang apabila ada yang membandingkan bentuk badannya dengan orang lain. Menerusi entri itu, Nabila turut memberikan kenyataan pedas kepada pihak yang sibuk dengan fizikalnya.

BACA: Nabila Huda Bangga Keisha Berjaya Kuasai Bahasa Mandarin Dalam 14 Jam

Kata Nabila lagi, dia sangat selesa dengan fizikalnya dan gaya hidupnya kini sangat sihat serta mendedahkan berat badannya 62 kilogram.

Menerusi satu perkongsian lagi, Nabila berkata dia boleh sahaja mengurangkan berat badan atau menambahnya pada bila-bil asa masa mengikut tuntutan kerja.

Dalam pada itu, Nabila sempat memberikan kata-kata sindiran kepada pihak yang mengkritik berat badannya dengan mengatakan meskipun dirinya gemuk namun dia seorang yang popular dan bapanya seorang penyanyi terkenal.