fbpx

Nabila Huda Bangga Keisha Berjaya Kuasai Bahasa Mandarin Dalam 14 Jam

Keputusan pelakon Nabila Huda untuk memberhentikan anaknya, Keisha Laila dari sekolah sejak setahun lalu tertanya berbaloi apabila anaknya itu kini sudah mahir bahasa Mandarin.

Menurut Nabila, anaknya meneruskan persekolahan di rumah dengan memperlajari mata pelajaran asas seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta tambahan bahasa Mandarin.

BACA: Rindukan Keisha, Nabila Huda Menangis Di Eropah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Selepas ambil keputusan berhentikan Keisha dari sekolah dan teruskan belajar di rumah secara ‘home school’ dengan Cikgu Lenny Rahman, kemudian tercetus idea saya nak lawan dengan Keisha untuk belajar bahasa Mandarin pula.

“Pihak Fasih Mandarin menghubungi kami ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu, tapi saya tidak dapat teruskan kerana terbabit dengan penggambaran. Jadi, Keisha belajar sendiri sehinggalah dia pandai bercakap dan menulis. Kalau ikutkan dia baru belajar 14 jam dan dia sudah hebat.

“Sebelum PKP 3.0 Cikgu Nadia datang rumah mengajar, tapi apabila ia dilaksanakan, mereka sambung secara dalam talian saja,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata meskipun anaknya kini berusia 11 tahun itu tidak lagi mengikuti persekolahan seperti biasa, namun dia tetap berbangga dengan pencapaian anaknya apatah lagi boleh bercakap bahasa Mandarin.

“Dalam pada tak pergi sekolah, ketinggalan banyak perkara, tak dapat nak belajar dengan sempurna, tapi Keisha dah boleh cakap Mandarin. Saya bangga dengan dia.

“Terima kasih Cikgu Nadia dan Fasih Mandarin. Kepada ibu bapa lain, beri peluang anak anda belajar bahasa Mandarin dengan mereka.

“Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, sekurang-kurangnya boleh cakap Mandarin. Jauh perjalanan hidup mereka nanti,” katanya.