fbpx

“Saya Gembira Untuk Dia, Tuhan Ada Rancangan Untuk Saya”

Berita pertunangan Bella Dally semalam agak mengejutkan orang ramai, hingga ada yang mendakwa terlalu cepat Bella mendapat pengganti selepas bercerai dengan bekas suami, Nazim Othman lapan bulan lalu.

BACA: Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Menerima berita itu dengan hati terbuka, Nazim memberitahu dirinya gembira untuk bekas isterinya yang sudah mengecapi kebahagiaan. Jelasnya lagi, mungkin Tuhan ada perancangan lain untuknya.

Bagaimanapun di ruangan komen pula, ramai memberikan kata-kata semangat buat Nazim diatas berita pertunangan bekas isterinya semalam. Ada juga yang seakan memahami perasaan yang dilalui Nazim sekarang.

Pun begitu, ada juga juga sesetengah netizen mempersoalkan apa yang terjadi diantara pasangan itu hinggakan terlalu cepat Bella mendapat pengganti. Mungkin sudah takdir Tuhan dan jodoh untuk Bella, doakan yang baik saja. (rtky/w)