fbpx

Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Selepas 8 bulan bercerai dengan Nazim Othman, hari ini Bella Dally mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan bernama Arif. Dikhabarkan pasangan ini bertunang pada 12 Januari lalu di Sabah.

BACA: Nazim Othman, Bella Dally Sah Cerai

Menerusi Instagram, Bella memaklumkan berita baik itu berserta ucapan terima kasih buat rakan dan peminat yang sentiasa menyokongnya. Tulis Bella lagi, Arif merupakan jejaka terbaik untuk beliau memulakan kehidupan baru.

Khabarnya pasangan ini akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga namun masih belum menetapkan tarikh yang sesuai. Dalam majlis itu Bella tampak manis mengenakan busana berwarna kuning bersama jambangan bunga.

Setakat ini tidak banyak gambar di sekitar majlis pertunangan dikongsi Bella, hanya sekeping gambar dimuat naik di Instagram. Apapun tahniah diucapkan kepada Bella, semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan. (rtky/w)