Pelakon Datuk Aaron Aziz menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mengatakan tahun ini kehidupannya penuh dengan dugaan dan kekecewaan.
Menerusi perkonngsian di Instagram, Aaron berkata disebabkan dugaan tersebut dia merasakan sangat penat sehinggakan terpaksa senyum ketika dihadapan umum.
BACA: “Orang Susah Pun Ada Maruah” – Aaron Aziz Tegur Jangan Rakam Bila Beri Bantuan
“Tahun ini penuh dengan dugaan dan kekecewaan. Rasa sangat penat, nak senyum pun kena paksa,” katanya.
Sementara itu, Aaron berkata lagi dia enggan menjawab segala pertanyaan berhubung hantarannya itu serta berdoa Allah akan memberikan balasan kepada mereka yang menganiayanya.
“Korang jangan tanya lah dalam komen saya takkan jawab. Saya doakan yang aniaya saya supaya Allah tarik semua harta korang,” katanya.