fbpx

“Saya Doa Semoga Anak Awak Tak Hitam Macam Tu”

Meskipun baru saja bertapak dalam industri hiburan tanah air, nama Haneesya Hanee dikenali ramai selepas menyertai sebuah program realiti popular. Meskipun warna kulitnya sering dikutuk, namun gadis berusia 19 tahun itu sememangnya seorang yang sangat yakin dengan dirinya.

Baru-baru ini, sekali lagi ada individu seolah mengutuk dan menghina warna kulitnya dengan manyamakan dengan buah catur hitam. Status individu tersebut mendapat perhatian Haneesya yang bertindak membalasnya dengan tenang dan baik. Haneesya mendoakan agar individu tersebut tidak akan mendapat anak berkulit gelap.

BACA: Haneesya Hanee Dikecam Kerana Wajah Terlalu Matang

Dalam pada itu, menerusi Twitter Haneesya memuat naik status memberitahu dia memerlukan waktu rehat untuk menenangkan diri daripada komen negatif netizen.

Status Haneesya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memintanya untuk bersabar atau tinggalkan media sosial buat seketika. Dalam pada itu, ada netizen mengatakan inilah lumrah sebagai seorang selebriti dimana setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian.

Kata netizen itu lagi, ini dunia glamor yang Haneesya inginkan, jadi dia perlu berhadapan dengan segala kecaman dan kata-kata negatif netizen.  Apa pun, netizen diluar sana janganlah menghina atau mengutuk  warna kulit seseorang kerana ia merupakan ciptaan Tuhan.