“Saya Ditumbuk, Dikhianati…Adik Dia Sendiri Bersubahat” – Shuhada
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditumbuk oleh suaminya, pelakon Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shuhada dilihat meluahkan perasaan di atas apa yang berlaku.
BACA: Polis Sudah Ambil Keterangan Shuhada, Akan Panggil Hafidz Roshdi
Shuhada mengakui ujian diberikan Allah kali ini amat berat, namun dia perlu lalui ujian tersebut meski seberat mana ia pun.
Menerusi entri itu, Shuhada berkata dia ditipu dan dikhianati serta mendakwa adik iparnya turut bersubahat namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
“Saya akui ujian Allah buat saya kali ini amat berat, sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti.
“Sehebat dan sebesar mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari, saya kena lalui perit sakit semua tu.
“Saya ditumbuk, saya dikhianati, saya ditipu, saya dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini) sedangkan adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya,” tulisnya.
Kata Shuhada lagi, hatinya remuk di atas apa yang berlaku serta memohon orang ramai mendoakan agar dia bersama anak-anak diberikan kekuatan menempuh ujiian tersebut.
“Allahuakbar rasanya jiwa saya dah rabak, hati saya dah remuk, saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan ini, hubungan ini, dari keluarga toksik.
“Saya mohon sangat doakan saya kuat, doakan anak-anak saya kuat, kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan flying colours. Insya Allah saya takkan pernah lupa semua yang mendoakan saya,” tulisnya.
Wow!!! teramatlah muslimah
PS pernah cerita kan, dulu dia selalu doa diberikan kekuatan. Makin kuat, makin berat ujian yang dia dapat. Harus jugak mohon doa diberikan kesabaran dan ketenangan.
Saya pernah berada dalam situasi rumah tangga yang tak bahagia. Kahwin 10 tahun dan akhirnya dapat tahu suami saya ada orang lain. Saya ajak dia slow talk sebab saya nak tahu kenapa. Saya nak faham sebab dia buat macam itu. Akhirnya saya sedar. Antara kami memang tiada lagi cinta. Hanya terpaksa bersama sebab anak. Kita dah jarang bercakap. X bermesra. Xbermanja lagi. Dan dia akhirnya jumpa orang yang dia rasa serasi. Akhirnya bercerai cara baik. Dan saya skrg dengan suami baru dan saya belajar daripada pengalaman. Nak kekal bercinta dan bahagia dalam satu hubungan perlukan usaha. Dari awal kahwin kena usaha. Apabila nak mula pada tahun kedua ketiga, dah terlambat. Mungkin cinta sudah tiada. Atau dah hambar.
Kita kena turut persoal, apa tujuan dia dok buat post begini hari-hari? Sedangkan sudah buat laporan polis. Biarlah polis siasat. Tak lain tak bukan kerana cuba dapatkan simpati dan hasut supaya netizen marah dan sentiasa kecam Hafidz. Pada masa yang sama, netizen tidak persoal kesalahan yang DIA BUAT.
Awas dengan orang yang ada agenda tersembunyi !!!
Kcian..tlg bg die kcian
Pulak dahh..Rasa family HR ni keluarga baik2. Tak payahla seret family ex pulak. Better Shuhada ni tone down la. Dah jd kes polis kn, tak payahla heboh2 kt medsos ni..bukan membantu pun,menambahkn fitnah lg ada la.
Nk sgt jadi clout chaser ker? Nauzubillah.. benda boleh bincang baik2 jadi mcm ni dah.
Weh kenapa ramai backup Hafiz ni? Sebab dia hensem ke? Dah macam kat US, ada rupa sikit pembunuh/penjenayah pun boleh diorg support beramai-ramai dengan angan-angan boleh jadi pasangan bad boys diorg. Biarlah jadi punching bag asalkan boleh tayang bad boy trophy.
Sebab tu family dia..hahahaha
Orang kita mmg suka backup muka Rohingya mcm HR tu.
tak hensem pun. muka macam taik.
I pun rasa tak perlu la nak hebah kat medsos . Awak tu bukan artis, isteri artis je.. huhu sebenarnya wartawan nak ambil cerita awak pun sebab suami awak artis. Awak jangan samakan awak dengan PS. Faham2 sendiri la ya.