Polis Sudah Ambil Keterangan Shuhada, Akan Panggil Hafidz Roshdi
Susulan kes isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi kelmarin, pihak polis sudah mengambil keterangan mangsa.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk memberi keterangan hari ini.
BACA: Tiga Kali Ditumbuk Hafidz Roshdi, Shuhada Kena 10 Jahitan
“Mangsa selesai memberi kenyataan berhubung kejadian hari ini, manakala suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya.
Terdahulu, isteri kepada pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berada di dalam kereta di R&R di sekitar Sungai Buloh.
- SUMBER
- Harian Metro
Dalam kehidupan, jangan riak, jangan takbur. Sekali Allah tarik balik nikmat tu, tinggallah hasil carian google untuk anak2 pd masa depan.
Jantan sial … Harap next wife ko rita spender atau puteri sarah .
Jantan sial lahanat ni dok tunjuk jari satu konon.sejibik mcam Sol Bogoy tu.tapi curang main banyak.tak cukup satu yg cantik berilmu, dirembatnya rempit lowclass barai.adoi la.tpi sekurangnya Hafiz ni tak derhaka ke mak bapak kenn .tak terkena sumpahan ibu.penyondol pun lawa pada si minah rempit gila harta datin.kuikuikui
Teringat balik kes sendiri dengan ex tunang 2016 dulu. Dia yang kantoi dengan perempuan dekat rumah, kita pulak yang di angkat parang nya. Jadi penyondol ni, walaupun dia tahu dia salah, dia tetap nak menang, kalau ikut kes aku, penyondol memang tetiap hari warning, suruh putus hubungan, suruh jangan kacau ex tunang (waktu tu Masih tunang), stalke aku 24jam. Jadi perempuan gila memang wujud ya. Aku memang tak akan percaya spisis penyondol ni. in the end, dia bukan nak pon laki tu. Cuma nak menang je. Kesimpulan nya, perempuan jugak yang jatuh kan kaum sendiri. Ok tu je nak cakap.
Hr dah ditahan
Suka suka suka. Nama penyondol akan terkait n disoal punyalah. I like it oh yeah