fbpx

“Saya Dianiaya, Rakan Artis Letak Dadah Dalam Minuman”

Tidak tahan lagi dengan apa yang melanda dirinya ketika ini, lebih-lebih lagi bapanya kini baru saja selesai menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Fathia Latiff akhirnya mengambil keputusan mendedahkan perkara yang berlaku di sebalik kejadian video live Bigo yang pernah hangat seketika sebelum ini.

BACA: Fathia Latiff Nafi Tayang Buah Dada

“Ayah seorang yang penyabar dan dia yang banyak mengajar saya untuk menjadi sabar seperti sekarang ini. Tapi sekarang perkara ini bagai sudah makan diri. Saya nak beritahu perkara sebenar apa yang terjadi ketika kecoh video live Bigo sebelum ini”

“Sebenarnya saya telah dianiaya, rakan artis sendiri yang berbuat perkara tersebut (bukan Zarina Anjoulie). Seingat saya mereka bagi saya minum air berperisa mangga yang katanya dari Jepun. Saya ni cepat percaya orang. Memang saya tak ingat apa yang saya lakukan lepas minum air tu,” jelasnya kepada Rotikaya.

Tambah Fathia, dalam masa yang sama dia tidak dapat menghalang orang ramai untuk mengecam sehingga menyebabkan dirinya menderita namun apabila ia melibatkan kesihatan ibu bapa, ia adalah sesuatu yang melampau.

“Hidup saya tak tentu arah selepas kejadian tersebut (tunjuk buah dada di Bigo). Saya harap remaja sekarang agar berfikir terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa rakan sendiri”

“Saya dah tak tahan lagi dengan tohmahan. Saya dah pernah lalui bagaimana akibatnya dan saya tidak mahu mereka di luar sana melalui perkara yang sama,” kongsinya lagi.

Perjalana hidup setiap orang adalah berbeza namun dalam masa yang sama setiap insan mempunyai peluang memperbaiki diri menjadi lebih baik. Jangan disia-siakan usia yang semakin berkurang untuk berbuat kebaikan. (rtky/s)