fbpx

“Saya Dan Emma Sekadar Kawan, Kini Sedang Single”

Walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Emma Maembong, status terkini Kamal Adli mengesahkan yang pasangan ini sudah tidak lagi bercinta dan kini hanya bergelar kawan sahaja.

Dalam kenyataan kepada media baru baru ini, Kamal Adli mengatakan yang beliau kini mahu lebih fokus kepada kerjaya dan mengumpul harta untuk masa hadapan selain mengambil masa untuk memperbetulkan diri.

BACA: Kamal Adli Nekad Tidak Putus Asa Pujuk Emma Maembong

“Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja”

“Buat masa ini, saya rasa mahu kekalkan momentum untuk fokus dalam karier. Saya nak buat apa yang saya tak buat semenjak awal penglibatan dalam bidang seni,” ujarnya.

Pelakon yang bakal muncul dalam telefilem Hingga Jumpa Lagi ini juga mengakui ada kesilapan yang diperbetulkan dalam hubungan yang terjalin sebelum ini.

“Saya harus menyemak balik apa kekurangan saya menerusi perhubungan yang terjalin sebelum ini. Sekrang biar saya ada masa untuk diri sendiri dan masa untuk karier,” katanya lagi. (rtky/m)