fbpx

Kamal Adli Tidak Akan Putus Asa Pujuk Emma

Bagi yang mengambil tahu perkembangan hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong pastinya tahu baru-baru ini Kamal sudah kembali mengakui mereka kembali bercinta tapi Emma pula hanya mendakwa Kamal sekadar kawan. Hal ini membuatkan ramai menganggap Kamal ‘keterlaluan menagih’ cinta Emma sehingga kelihatan boodoh.

BACA: “Kami Sudah Okay Tapi Emma Masih Marah”

“Saya sanggup buat apa saja demi Emma. Saya sedaya upaya memujuknya dan saya tidak akan berputus asa. Saya sanggup merendahkan diri demi cinta saya kepada Emma. Saya sanggup pikul segala bebana perasaan, asalkan Emma maafkan saya. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada Emma, keluarga dan peminatnya”

“Saya tahu tindakan saya mengguris hatinya tetapi saya tidak bermaksud mahu mensia-siakan hidupnya. Saya akan menanti Emma selagi terdaya,” jelasnya kepada portal My Artis mengenai dakwaan mengatakan dirinya terhegeh-hegeh dengan wanita terbabit.

Selain itu ramai juga turut mempersoalkan tindakan Kamal yang masih belum mengahwini kekasihnya itu selepas bercinta selama empat tahun. Menurut Kamal, beliau sudah bersedia malah sudah mendapat restu kedua ibu bapa namun masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Apapun jika betul cinta Kamal terlalu mendalam buat Emma, sekurang-kurangnya ambillah keputusan bertunang dulu untuk membuktikan tahap keseriusan dalam hubungan. Diharap pasangan ini lebih matang menghadapi masalah supaya tidak tergopoh-gapah memberika kenyataan putus. (rtky/w)