fbpx

“Saya Dah Vaksin, Saja Je Tak Letak Gambar”

Menerusi siaran langsung Instagram baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan sudah pun mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun, Siti berkata dia tidak berkongsikan perkara itu di media sosial untuk menjaga sensitiviti orang ramai berkenaan hal tersebut. Kata Siti lagi, dia akan berkongsikan perkara itu di media sosial kelak sekiranya perlu.

BACA: Siti Nurhaliza Nak Bantu 1,500 Keluarga Terjejas

“Saya dah vaksin, saja je tak letak sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.

“Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak gambar nanti saya post lah. Saya pun rasa terlalu ramai orang sensitif, ada benda tak perlu. Kalau saya nak letak saya letak,” katanya.

Dalam pada itu, Siti turut menyeru orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin dan bersama-sama mencegah penularan virus membawa maut itu.