“Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Cinta Tiga Segi, Rebut Lelaki”
“Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Cinta Tiga Segi, Rebut Lelaki”
Sudah bergelar isteri dan ibu, pelakon Nur Fazura berkata dia sudah tidak sesuai melakonkan watak percintaan tiga segi serta wanita yang berebut lelaki.
Kini lebih memilih watak untuk dilakonkan, Fazura berkata dia tertarik jika mendapat peluang menjayakan watak lebih ke arah perjuangan dan semangat kental seorang wanita.
BACA: Komen Jangan Rentas Negeri, Fazura Nafi Sindir Sesiapa
“Buat masa ini, memang saya belum ada menjayakan aktiviti penggambaran drama. Tapi, tawaran untuk berlakon yang datang, ada banyak. Cuma, jalan cerita watak akan dilakonkan itu saya rasa sudah kurang sesuai untuk dibawakan.
“Kisah cinta tiga segi tak sudah, menangis lagi kerana lelaki, saya rasa dah tak perlu dilakonkan lagi. Apapun, saya akui ada tertarik dengan tawaran jalan cerita dan watak diberikan pengarah, Michael Ang untuk drama terbarunya nanti,” katanya.
Bagaimanapun, Fazura berkata dia tidak boleh berlakon seperti dahulu dan keutamaannya kini tertumpu kepada anak Nur Fatima Aisya, kini berusia enam bulan.
“Saya dah tak boleh bekerja macam dahulu. Kalau ‘call time’ penggambaran jam 6 pagi dan habis pula jam 1 pagi, saya memang tak boleh terima. Jadi, kalau ada produksi yang boleh ikut masa saya, Insya Allah akan dipertimbangkan.
“Bagi saya, terserah pada rezeki Allah. Kalau ada, terima, asalkan tidak mengganggu masa bersama Fatima. Untuk stamina bekerja, saya memang tiada masalah kerana sangat suka bekerja. Tahun lalu pun, beberapa hari sebelum bersalin, saya masih lagi bekerja,” katanya.
Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Fatima pada 2 Oktober tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
Terbaik Kak Faz. Boringla asyik drama Tan Sri2 ja…
kami pun malas sudah tengok kimk berlakon.
sama juga dengan lopak
Bawaklah watak mak orang pulak kau pun bukannya Muda remaja LAGI nak bawak watak watak cinta..
Cakap pn berlagak pelat..aku xfhm la org amik dia brlakon..org hidung kemek mmg cakap pelat ke?kalo betul lg kuat la patimoh kemek ckp pelat
Ok je faz berlakon. Tak kayu. Rindu nk tgk dia berlakon. Sbb lakonan dia smua best n tak mmbosankn.
Betul dah tu… Pilih watak yang sesuai dengan usia dan keadaan… Slow slow berubah pun ok…
tak baik kata mcm tu, itu kan ciptaan Allah SWT.
Kena sesuaikan dengan pengedaran zaman, pengalaman kwin anak ada bawalah watak2 bini yang suaminya curang..
bawa watak ibu tunggal ada anak 4. (4 jdilah x perlu byk2)..bawa watak ko pergi noreh getah, tunjukkan “live” yg ko sdg menarah pokok getah tu, lepas tu ko bekukan getah tu dn ko mesinkn jdi kepingan getah. Ko letak kt belakang moto getah tu, lpas tu ko singgah ke kedai jual getah buku yg basah..buat beli lauk tghari..ini ko boleh bawakan tak watak ni..tercium bau kumbahan air2 getah di kebun.
“kenapa perlu bawa watak datin2, cinta 3 segi, bawa mustang, ferrari, lexus..blalalla
Eh lopak dgn serkop muka boleh berlakon lagi ..takkan Fazura dah tak boleh ?
Betul tu @weekkkkkjkkk.
Teringin gak tgk faz berlakon watak wanita tua org kampung. Selalu watak gadis muda pisau cukur/ capodicia etc.. aku x tgk sgt lakonan nya sbb jarang tgk drama atau filem melayu sampai habis
Erra fazira ada gak watak jd gemuk, tua dan jd polis. Faz punye portfolio patut diluaskan.