Pelakon Wawa Zainal berkongsikan anaknya didakwa pernah ditumbuk serta dipulas di bahagian tangan oleh rakan sekelas.

Menerusi perkongsian di Threads, Wawa berkata dia pernah memberitahu kepada suaminya mengenai perkara itu namun Aeril Zafrel beranggapan mungkin itu hanya gurauan bersama rakan.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Sumbang Zakat RM1 Juta Tiga Tahun Berturut-Turut

“Sebelum ni anak saya pernah cerita kawan sekelas dia pernah tumbuk, pulas tangan dia. Kemudian saya cerita balik dekat ayah dia. 

“Tapi ayah dia respon waktu tu, ’Ala biasa la budak-budak lelaki gurau-gurau tu. Lagipun biar la dia hadap sebab dunia ni keras. Kalau manjakan sangat nanti macam-macam lagi nanti dia kena hadap in future. As long as dia tak ada rasa sakit ke lebam ke luka then mungkin tu gurauan kawan-kawan” tulisnya.

Bagaimanapun, Waqwa berkata dia tidak lagi boleh berdiam diri apabila anaknya berkongsikan dia dituduh melakukan perkara yang sebenarnya tidak dilakukan.

“Tapi hari ini, bila anak saya cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat, saya rasa saya dah tak boleh diam!” tulisnya.

Perkongsian Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memintanya untuk mengambil tindakan serta tidak hanya memandang ringan dengan apa yang diceritakan oleh anak.x

×