fbpx

“Sarah Sudah Ditiarapkan, Ada Sedikit Darah Beku Di Paru-Paru”

Berkongsikan perkembangan terbaru Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata doktor memaklumkan isterinya dusah ditiarapkan dengan paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.

Menurut Shuib lagi, doktor juga memberitahu ada sedikit darah beku di paru-paru isterinya dan buat masa sekarang tiada apa boleh dilakukan memandangkan baru menjalani pembedahan semalam.

BACA: “Ayash Dah Buka Mata, Kaki Menendang, Tangan Bergerak Aktif”

“Sarah sudah hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama,

“Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak.

“Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan,” katanya.

Kata Shuib lagi, dia akui takut setiap kali menerima panggilan nombor tidak kenali untuk memaklumkan keadaan isterinya. Katanya lagi, dia akui rindu dan sentiasa teringat isterinya.

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya.

“Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.

“Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar,” katanya.

Pagi tadi Shuib memaklumkan keadaan Siti Sarah mula stabil apabila paras oksigen menunjukkan perkembangan yang baik meskipun belum sedarkan diri lag