“Saya Dah Mula Masuk Tandas Lelaki, Bagi Saya Ruang”
Baru saja menjalani pembedahan untuk membuang payudara palsu atau implan silikon, usahawan kosmetik Safiey Illias memberitahu dia mahu menjadi dirinya sendiri dan selesa dengan penampilannya kini.
Katanya lagi, dia tetap manusia biasa yang berdosa namun dia berjanji akan memakai pakaian lelaki walau kemana sahaja dia pergi. Safiey juga meminta agar mereka diluar sana tidak berharap terlalu tinggi kerana dia masih mencari hidayah Allah.
BACA: “Mak Cakap Anak Lelaki Mak Dah Kembali”
Menurut Safiey lagi, dia berhijrah bukan untuk menjadi seorang ustaz tetapi untuk kembali ke fitrah asalnya iaitu menjadi lelaki.
Safiey juga mengakui dia sudah mula menggunakan tandas lelaki dan meminta kepada netizen agar diberi ruang dalam penghijrahannya kali ini. Dalam pada itu, Safiey turut meminta maaf andai dia melakukan kesilapan.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Safiey akan terus istiqamah. Semoga Maal Hijrah kali ini membuka lembaran baru buat Safiey.
Hahaha.. Penat memikior plot nak bagi laku balik netizen dah mboikot.. Selayaknya la kan.. I teringat cerita kanak serigala dengan gembala biri2..boleh la tukar tajuk si Sapi dengan propanya..semoga anak2 kita mendapat manfaat dari cerita rekaan tersebut..Silikon serupa sticker yer sis, tampal cabut, tampal cabut gitew!
Saya lihat brother ni dalam dilema jiwa. Seperti seorang yg bermaruah yg terpaksa mengadai maruahnya kerana mau mengenal tujuan hidup yg sebenar, tapi dunia dan business menggoda. Maksudnya jiwa dia berbelah bagi sehingga menyebabkan tekanan berlebihan hasilnya bercampur aduk semuanya antara iman dan dunia.
Ini masalah yg berlaku pada banyak selebriti usahawan kosmetik cuma dia yg antara viral sebab pasang nenen ini semua sebab akal tak sampai, jiwa rapuh tak mantap belajar tak habis fahaman tak tetap lagi. Mesti mau istikomah dengan ikhlas tanpa ada udang disebalik Maggi cepat dimasak sedap dimakan.
Semoga ALLAH permudahkan dan berikan jalan yg lurus. jika kita usaha untuk mencari hidayat inshaALLAH, ALLAH akan nmpk usaha kita untuk mendapat kan hidayah NYA, ALLAH hnya nk tngok usaha dan perjuangan hambaNYA. Still positive and dont give up