fbpx

“Mak Cakap Anak Lelaki Mak Dah Kembali”

Semalam, usahawan kosmetik Safiey Illias berkongsikan perkhabaran gembira bahawa dia sudah pun selesai menjalani pembedahan untuk membuang payudara palsu atau implan silikon.

Safiey memberitahu dia menuruti permintaan bapanya yang mahukannya membuang implan tersebut. Katanya lagi, dia asyik memikirkan bagaimana jika esok lusa dia meninggal dunia. Meskipun ada rakannya menghalang namun Safiey berkata dia nekad membuang implan tersebut  demi redha Allah dan ibu bapanya.

BACA: Safiey Illias Dedah Buang Implan Payudara Buat Kali Kedua

Menerusi perkongsian terbaru, Safiey memuat naik fotonya bersama ibu tersayang berkongsikan luahan ibunya yang gembira anak lelakinya sudah kembali.

Dalam pada itu, netizen tidak putus-putus memberikan kata semangat kepadanya dan semoga Safiey akan terus istiqamah. Netizen juga turut meluahkan rasa syukur Allah memberikan kesedaran kepada Safiey untuk menjadi insan lebih baik.

Malah, ramai yang merasa sebak dengan penghijrahan Safiey dan menyifatkan pembedahan itu adalah hadiah paling berharga buat ibu bapanya. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja untuk Safiey semoga dipermudahkan untuk kembali ke fitrah asalnya.