Pempengaruh media sosial, Ira Kazar berkata dia berlapang dada apabila ada netizen yang masih melabel dirinya sebagai penyondol.
Memetik mStar Online, Ira berkata dia tidak boleh mengawal tentang apa yang diperkatakan oleh netizen dan ketenangan diperolehnya itu adalah daripada ibu bapanya.
BACA: Ira Kazar Tak Serik Untuk Kahwin Lagi, Cari Lelaki Bijak Kawal Konflik
“Saya terima saja kerana itulah netizen yang kita tak boleh nak kawal. Mereka yang tulis, bukan saya.
“Mungkin ketenangan ini datang daripada ayah dan ibu, Mereka lebih percaya kepada saya daripada fikirkan apa orang luar kata kerana mereka yang hadap dan lebih tahu,” katanya.
Sementara itu, Ira berkata dirinya seolah sudah imun dengan kata-kata kecaman daripada netizen namun mengakui adakalanya terkesan apabila membaca komen.
“Kalau komen negatif memang masih ada, tapi saya dah imun. Ayat mereka pun sama saja, jadi dah macam tak lut.
“Tapi ada hari bila mood tak baik tetap terkesan juga bila membaca. Jadi saya ambil pendekatan ‘whatever’ dan buat benda lain.” katanya.
Untuk rekod, Ira mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada Januria 2023 di selatan Thailand namun bercerai pada 5 September 2024.
Sumber: mStar Online