“Saya Dah Cukup Penat, Serah Semua Kepada Allah”
Minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai perselisihan faham antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai misi bantuannya di Gaza.
Selepas beberapa hari berlarutan, Caprice telah pun membuat permohonan maaf. Namun, selepas pendedahan Nadir Al Nuri, Caprice berkata dia akan meneruskan sesi Live mengenai isu tersebut.
BACA: Ramai DM Minta Maaf, Caprice Tetap Teruskan IG Live Malam Ini
Bagaimanapun, Caprice memaklumkan malam tadi sesi Live berkenaan tidak dapat diteruskan. Menerusi satu entri di Insta Story, Caprice memohon maaf serta tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Kata Caprice lagi, dia sangat kecewa dengan pihak tertentu dan sudah penat untuk berdepan perkara tersebut serta menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Saya sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi, tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.
“Ini adalah kali kedua perkara macam ini berlaku tahun ini, saya dah cukup penat dan serah semua kepada Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Caprice juga berkata dia mahu terus ke hadapan dan memperbaiki dirinya menjadi insan lebih baik. Ujarnya lagi dia masih belum sembuh dengan apa yang berlaku.
“Saya memilih untuk memperbaiki diri, saya masih belum ‘sembuh’ dengan apa yang berlaku tetapi Insya-Allah, mental dan fizikal saya akan menjadi lebih baik selepas ini,” tulisnya lagi.
Bukan dia ke yg mulakan dulu..twist apa lagi..sedih bila isu bantuan, sumbangan dipertikai..dia sumbang cara dia..ko sumbanglah cara ko..x perlu lawan2..
Dah menyusahkan org boleh pulak nak cuci tangan.
Sebab kau takut dgn laporan polis yg sudah dibuat tu kan…tu la lain kali perangai dan mulut kau tu jaga sikit…jangan ada rasa dengki dan iri hati hidup kau akan rasa tenang…kau ni sebenarnya mental, perlukan rawatan.
Kalau nak berjihad sangat kat bumi Gaza tu buat team sendiri, guna duit sendiri…tak payah sobuk nak pertikaikan orang punya kerja.
Ebit Liew tu tau lah nak buat kerja macamana.
Kau dduk sana g bertempur dgn tentera israel je la…tak payah balik Msia, buat semak..musim lagu2 rap pun dah berlalu, kau pun dah tak laku.
Kasik gegar sikit cukup dah…1 mesia dah tau perangai masing2…
Takyah live pun semua dah faham
@Penyanyi Balada
Muka pecah pintu patutnya layak bertempur dengan tentera israel, ni hanya dgn satu report polis pun dah koyak rabak…huhuhu
Sendiri cari pasal, sendiri insaf.
Paranoid.
Betul ke red crescent gaza pun tak kenal nabil al nuri.
Kalo dh tersilap sila minta maaf bro.
Simple.
Cap… Nikah lah elok time pkp ni. Peluk bini lg baik. Dpt pahala jugak.
And the award goes to Caprice! Tahniah. Menang kategori artis lelaki paling meroyan 2021.
Huh? Bro, lu yg start dulu abe sekarang nak acah penah la, difitnah la. Tak faham ah bro.
Tuan/Puan/Cik/Adik tak percaya satu pihak, pergilah tanya pihak yang dikatakan “Tak kenal…”
Jika nak tiket free, contact saya.