fbpx

“Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli berkata dia sudah cuba menjadi suami sehabis baik untuk isterinya, Anis Sofea sepanjang dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Memetik Harian Metro, Haqiem berkata dia tidak akan berhenti memberikan yang terbaik namun dalam rumah tangga pasti akan ada ujian.

BACA: Haqiem Rusli Enggan Paksa Isteri Berhijab

Ditanya sama ada tindakan isterinya tidak berhijab adalah ujian, Haqiem berkata ia adalah salah satunya dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi. Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem berkata dia tidak kisah dengan andaian dibuat netizen mengenai hal rumah tangganya kerana dia sedar mungkin perkara itu timbul susulan dia jarang membuat perkongsian di media sosial.

“Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja. Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.

“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” katanya.

Pada 1 Syawal lalu, perkongsian Anis menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya memakai selendang namun menampakkan sebahagian rambutnya.