Haqiem Rusli Enggan Paksa Isteri Berhijab
Perkongsian isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofia di hari raya pertama menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berselendang menampakkan rambutnya.
Malah, tindakan Anis memadam kesemua fotonya termasuk gambar bersama Haqiem juga turut menimbulkan tanda-tanya netizen.
BACA: Padam Gambar Berhijab, Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut
Memetik BH Online, ibu kepada Haqiem iaitu Nazrah Nordin berkata hubungan anak dan menantunya itu masih baik dan tiada apa-apa masalah.
“Tiada apa-apa yang berlaku… Mereka masih bersama seperti biasa. Anis beritahu fotonya bersama Haqiem tidak dipadam, hanya dimasukkan dalam arkib.
“Hubungan mereka baik-baik sahaja dan tiada masalah berlaku. Malah, ketika bergambar, mereka berpegangan tangan,” katanya.
Mengulas mengenai keputusan Anis tidak lagi berhijab, Nazrah berkata menantunya itu masih dalam proses membiasakan diri berhijab dan Haqiem enggan memaksa isterinya bertudung.
“Saya baru tahu mengenai keputusannya itu. Disebabkan Anis baru berusia 21 tahun, jadi kami tidak mahu terlalu menekan. Mungkin perasaannya untuk kekal berhijab masih belum terbuka.
“Haqiem ada beritahu, dia tidak mahu terlalu memaksa. Haqiem percaya suatu masa kelak, Anis terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Kalau lawa takpe juga ni Rupa cam tahik je perasan lawa ker haha
Hahah ni lagi sekor bagi alasan bodo taknak pakai tudung. “Umur baru 21”. Lol umur baligh berapa? 21 terlalu muda untuk bertudung tapi dah kawin? 21 tahun pakai tudung macam budak2 ke apa? Cakap je la, “saya lagi cantik kalau tak pakai tudung” cakap je cakap je!!!!
Tutup aurat tu wajip dan salah satu tanda2 org itu fasik dia x mau tutup aurat. X kiralah dia rajin solat ke, baik suka tolong org ke, bnyk derma sana sini, rajin baca quran dan naik umrah ke. Tp kalau perkara asas spt menutup aurat tu dianggap remeh, dianggap nnt dah tua dah kecut, dah bnyk uban rambut baru dia nk tutup maknanya semua amal ibadatnya sia2, tak mampu mencegahnya dari kekal dlm berdosa iaitu tidak menutup aurat!!!
Baru 21 tahun eh ko ingt wajib tutup aurat tu umur 61 tahun ke??!
? Sebab itu memilih Wanita Solehah ini tidak mudah.Didik lah isteri itu jika dia tidak mahu juga sehingga umur tertentu…..buat la sesuatu yg lebih baik UTK AGAMA, DUNIA dan AKHIRAT.
Betul kata orang atas, kalau cantik sangat satu hal..selalunya yg tak selalu over
Hakiem arr..kasi simpan itu bini jangan tunjuk gamba..dosa tak bertudung ko tanggung, netz pun tak buat dosa mengutuk..
..sebenarnya, hakiem pun pandir..
Dah la belajar setakat SPM,aurat pun tak jaga….mcm mana la HAKIM yg solat tak tinggal ni nak TENANG,benda basic kot HAKIM. Kesian ko HAKIM,apa yg BINI ko nak tunjuk sebenarnya? SUAMI kacak ,kaya,baik mcm kau? Tengok PSL dapat ujian lagi berat,xda la nak buka AURAT bagai.Menyampah la cerita macam ni.
Hina ke org yg cuma ada sijil SPM je?
Cehhhh ayat nkooo? Hritu kemain nk carik binik yg brtdung bgai???
tak nak paksa terpulanglah…yg jawab kat kubur nanti engkau bukan orang lain