fbpx

“Saya Dah Ada Nama Pun Untuk Dia, Uwais” – Shuhada

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menafikan dakwaan mengatakan dia sengaja mengugurkan kandungan anak ketiganya.

Memetik Oh Bulan, Shuhada berkata mustahil untuk dia melakukan sedemikian apatah lagi anak itu adalah zuriatnya sendiri.

BACA: Hafidz Roshdi Lapor Polis, Dakwa Shuhada Minta Duit Nak Gugur Kandungan

“Semua sudah sedia maklum, saya mengalami keguguran baru-baru ini. Walaupun ada yang mendakwa saya sengaja gugurkan kandungan namun itu tidak benar.

“Mustahil untuk saya gugurkan kandungan saya sendiri. Anak itu dalam rahim saya dan kes tersebut dalam siasatan polis. Saya juga masih belum bagi laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada berkata dia sudah pun mempunyai nama anak syurganya itu serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Doakan saya yang baik-baik. Saya dah ada nama pun untuk dia, Uwais. Saya yakin anak saya tunggu saya di syurga,” katanya.

Terdahulu, Hafidz Roshdi memaklumkan dia telah melaporkan kepada pihak polis selepas isterinya dilaporkan keguguran serta mendakwa Shuhada ada meminta kos untuk menggugurkan kandungan serta ada bukti mengenai perkara itu.