fbpx

Hafidz Roshdi Lapor Polis, Dakwa Shuhada Minta Duit Nak Gugur Kandungan

Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan dia telah melaporkan kepada pihak polis selepas isterinya, Nurul Shuhada dilaporkan keguguran.

Memetik Harian Metro, Hafidz mengatakan dia sedih diatas keguguran anak ketiga mereka yang dimaklumkan oleh peguam pada 5 Mei 2023.

BACA: Shuhada Alami Keguguran Di Usia Kandungan 14 Minggu

Hafidz membuat laporan polis kerana mendakwa isterinya ada meminta kos untuk menggugurkan kandungan serta ada bukti mengenai perkara itu.

“Terus terang saya kata, saya sangat sedih apabila pada 5 Mei lalu, saya menerima berita Shu keguguran anak ketiga kami.

“Semuanya dalam siasatan pihak polis sebab saya dah buat laporan polis mengenai keguguran itu. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat, Hafidz berkata dia pernah menerima mesej daripada Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.

“Saya dapat tahu mengenai kehamilannya selepas dia mesej saya. Dalam kiriman WhatsApp, dia beritahu saya bahawa dia nak gugurkan kandungan. Jadi, saya buat laporan polis untuk perkara itu.

“Alasannya, panjang. Tapi, salah satunya adalah, dia nak fokus kepada hidupan baharu. Lagi satu, katanya, ‘nak bela dua anak pun dah setengah mati, tambah pula kalau tiga’?.

“Tapi, tahu-tahu sahaja, dia sudah keguguran. Bila dapat tahu dia keguguran, saya terpaksa membuat laporan polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz berkata dia sempat menghalang Shuhada daripada meneruskan hasrat untuk menggugurkan kandungan serta mengakwa isterinya itu meminta duit untuk melakukan perkara tersebut.

“Dia ada meminta duit daripada saya untuk kos pengguguran. Saya tak tahu, sebab dia tak ada bukti resit atau hospital. Jadi, saya kena tahu mengenai itu.

“Saya tak bersetuju untuk dia gugurkan kandungan. Saya dah halang dia dan dah cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik (kandungan), sebab saya akan bertanggungjawab.

“Saya halang melalui mesej di WhatsApp sewaktu dia mesej saya. Selepas berita keguguran itu, saya tak ada menghubunginya lagi,” katanya.