fbpx

“Saya Cuba Kenal Wanita Lain, Tapi Tak Boleh Pergi Jauh”

Bakal menamatkan zaman bujang esok, pelakon Remy Ishak berkata hanya bekas tunangnya itu, Ezza Yusof yang mengenali siapa dirinya.

Sudah lapan tahun mengenal hati budi, Remy berkata wanita bertuah itu tidak hanya mengenalinya sebagai selebriti tetapi sentiasa berada disisinya ketika jatuh dan bangun.

BACA: “Ezza Istimewa, Yang Bagus Saya Simpan Seorang, Takut Kena Curi”

“Saya selalu cakap pada diri bahawa saya perlukan seorang yang memahami dan mengenali diri saya. Bukan hanya kenal sebagai Remy Ishak tapi Zalimie Ishak.

“Jadi sepanjang mengenali dia, sudah tentu ada pahit manis. Macam-macam berlaku dalam hubungan kami.

Mengakui hubungan mereka sebelum ini ada pasang surutnya, Remy berkata selepas putus tunang dia ada mengenali wanita lain namun ianya tidak membawanya kemana-mana.

“Tiga tahun pertama memang susah nak kenal saya. Malah, setelah kami putus tunang, saya cuba juga kenal dengan orang lain, tapi tak boleh pergi jauh.

“Saya nampak Ezza adalah wanita yang setia. Dia sentiasa ada di sisi dalam waktu jatuh dan bangun, suka dan duka. Sepanjang tempoh lapan tahun kami sama-sama saling kenal dan semakin memahami, kerana itu saya yakin dia adalah wanita yang tepat itu,” katanya.

Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, timbul desas desus kembali bersama tahun ini selepas Remy meraikan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.