fbpx

“Ezza Istimewa, Yang Bagus Saya Simpan Seorang, Takut Kena Curi”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Remy Ishak yang bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati, Ezza Yusof pada Sabtu ini.

Memetik laporan Kosmo!, difahamkan Remy akan berkongsikan lebih lanjut mengenai rancangan pernikahannya dalam satu sidang media khas hari ini.

BACA: Remy Ishak, Ezza Yusof Nikah Sabtu Ini

Ditanya apa istimewanya bakal isterinya itu sehingga dia terpaut hati kepada wanita tersebut, Remy menyifatkan Ezza seorang yang istimewa.

“Dia (Ezza) seorang yang istimewa. Baik buruk dia, biar saya seorang sahajalah yang tahu.

“Saya telah siap sedia untuk jadi seorang suami yang mithali. Kalau boleh, benda yang bagus-bagus (tentang dia), biar saya seorang sahaja yang simpan. kalau cerita lebih, takut kena curi nanti,” katanya.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Remy mendedahkan mereka sepatutnya bernikah pada Mei lalu namun majlis terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami,” katanya.