fbpx

“Saya Cerai Hidup, Bukan Balu Cerai Mati”

Penyanyi Adira Suhaimi menjawab pertanyaan netizen dia keluar dalam tempoh idah selepas bercerai dengan suaminya, usahawan Datuk Red adalah untuk mencari rezeki.

Menurut Adira, dia bercerai hidup dan bukan pasangannya meninggal dunia. Katanya lagi, jika dia duduk di rumah siapa yang akan mencari rezeki buat anak-anaknya.

BACA: Adira Tak Mahu Tuntut Nafkah, Tak Nak Susahkan Datuk Red

“Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi. Kalau duduk di rumah, siapa nak bagi makan anak-anak?” katanya. 

Sementara itu, Adira berkata isteri yang kematian suami juga dibolehkan keluar rumah jika ada urusan perlu dilakukan dan jika perlu bekerja mencari nafkah.

“Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan,” katanya.

Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

SUMBER: Kosmo