fbpx

Adira Tak Mahu Tuntut Nafkah, Tak Nak Susahkan Datuk Red

Penyanyi Adira berkata dia tidak akan menuntut sebarang nafkah sepanjang tempoh idah dan mutaah terhadap bekas suaminya, Datuk Red.

Memetik mStar Online, Adira berkata dia tidak mahu lagi menyusahkan bekas suaminya itu yang ketika ini dalam kesusahan.

BACA: Adira, Datuk Red Sah Bercerai Talak Satu

“Apa yang pasti saya tak mahu apa-apa sebab tak mahu susahkan lagi bekas suami. Semua pun tahu dia pun tengah down, kita doakan yang terbaik untuk dia.

“Saa percaya kalau rezeki dia murah, ada bahagian untuk anak-anak kami nanti,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata dia belum memberitahu mengenai perceraian kepada keempat anak mereka, namun mereka sudah pandai membaca dan akan tahu kelak.

“Saya tiada halangan kalau dia nak datang jenguk anak-anak ikut persetujuan kami sendiri. Buat masa ini saya belum beritahu anak-anak tapi mereka pasti akan tahu sebab mereka dah pun pandai membaca,” katanya.

SUMBER: mStar Online