fbpx

“Saya Bukan Warnakan Rambut, Boleh Bawa Solat”

Sentiasa tampil bergaya dengan trend dan fesyen terkini, kali ini Awal Ashaari muncul dengan rambut ‘blonde’ pula. Seperti dijangka, ramai mengkritik tindakan Awal dengan mempertikaikan kebolehan solat jika mewarnakan rambut.

BACA: Awal Ashaari Dikecam Gara Gara Status #GodBlessAmerica

Menerusi Instagram Awal memuat naik gambar rambut barunya berserta dengan penjelasan mengenai pewarna yang digunakan sah untuk dibawa solat. Pun begitu masih ramai sangsi dan mengecam pelakon itu.

Rata-rata masih tidak mempercayai pewarna seperti itu sah untuk dibawa solat biarpun ada sesetengah netizen cuba menjelaskan pewarna seperti itu wujud namun harganya sedikit mahal daripada biasa.

Berperang juga netizen berbalah sesama sendiri mempertahakan pendapat masing-masing di ruangan komen. Bagaimanapun Awal tidak membalas mana-mana komen dan lebih tenang mengawal komen peminat.

Kami pun tidak pasti ada pewarna rambut seperti itu atau tidak. Husnuzon sajalah dengan Awal, mungkin betul penjelasannya. Siapalah kita untuk menilai solat seseorang itu sah atau tidak ya! (rtky/w)