fbpx

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai nama pelakon Aedy Ashraf apabila tular video seorang lelaki didakwa miripnya bercumbu dengan seorang wanita di kelab malam.

Memetik Astro Gempak, Aedy akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut dengan mengatakan bahawa dia hanya manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti orang lain.

BACA: Amelia Henderson Bagi Hint Sudah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?

“Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa-biasa., maksud saya bukan warak, membesar di ibu kota an menjalani kehidupan sama seperti kebanyakkan orang lain.

“Sejujurnya, saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa , kecuali ibu saya.

“Jadi, setelah ia berlaku, saya jelaskan semuanya kepada ibu Alhamdulilah ibu tenang dan kata dia kenal saya. Dia berpesan agar saya lebih berhati-hati,” katanya.

Menurut Aedy lagi, dia mengambil pengajaran daripada kontroversi yang berlaku serta tidak sewenang-wenangnya percayakan orang termasuk rakan sendiri.

“Saya muhasabah dan belajar banyak benda dari hal tersebut, termasuk jangan mudah percaya orang termasuk dalam kalangan kawan sendiri,” katanya.