Amelia Henderson Bagi Hint Sudah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian pelakon Aedy Ashraf di Twitter seolah patah hati sekaligus menjadi tanda tanya mengenai status hubungan cintanya dengan, Amelia Henderson.
Perkongsian Aeday itu seakan memberi bayangan hubungan mereka berdua sedang mengalami masalah atau mungkin sudah putus di tengah jalan.
BACA: Saling Unfollow Di IG, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus Cinta?
Terbaru, Amelia pula dilihat memuat naik perkongsian seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan Aedy sudah berakhir.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, Amelia berkata dia sudah cuba melakukan yang terbaik namun akhirnya dilukai. Dalam satu entri lain, Amelia mendedahkan dia sudah penat untuk terus berpura-pura.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Status Amelia itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang memberikan kata-kata semangat buat aktres itu.
Terdahulu, perkongsian Aedy menjadi perhatian ramai, malah ada netizen yang perasan kedua-dua mereka sudah saling tidak mengikuti satu sama lain di akaun Instagram.
Sebelum ini, Aedy Ashraf membuat kejutan apabila melamar pelakon Amelia Henderson sebagai kekasih di depan khalayak ramai pada Mac lalu.
Drama ptg2 je laa nk bikin trending…
biasalah cintun ada turun naik
cuma beza retis, semua nurtizen tahu
Masa bercinta, bila Aedy kentut pun, ‘bahagia’… “Bunyi macam buluh perindu; Bau musky-musky gitu” HAHAHA!
apa nak buat, dah tak berduit
amelia ni makin kurus, gigi makin terkeluar plak. apa pun tetap sweet dimata i… i have chance now…yes… yes … huhu
Kalo bole jgn nk cari pasangna dengan sesama artis..kalo mudah kuat cemburu dan queen control…
Haha… nampaknya aku ada can lah. Selamat tinggal aedy ashraf.
Yeah…dah unlock…beratur la vip, royalty, prominent family nak mencuba nasib. Apala yg ko fikir dulu masa jawap yes 3x kat budak kelantan tu? Takpe, i faham jer sbb masa tu kan kecoh nak sambung KCK 2.0. Next drama dgn next hero ntah camne la marketing korang ek?
Tok aida hanya mampu tersenyum sinis…