Memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya menayang bahagian ketiaknya yang berbulu lebat seolah-olah tidak pernah dicukur, rata-rata pengikut kurang senang dengan perkongsian pelakon Azhan Rani.
Akui lucu apabila netizen sanggup berbahas mengenai bulu ketiaknya, Azhan berkata dia terhibur apabila bulu ketiak boleh menjadi topik perbualan. Namun, pelakon itu berkata bukan dia suka-suka mahu menayang bulu ketiak.
BACA: Peminat Unfollow, Loya Tengok Azhan Rani Tayang Bulu Ketiak
“Saya sebenarnya bukan suka-suka nak tunjuk atau saja-saja bela bulu ketiak. Tapi, ia bagi memenuhi tuntutan watak saya dalam telefilem Kampung Latah Kena Kuarantin untuk Astro First.
“Telefilem komedi ini diarahkan Azizi Chuck Adnan dan siapa yang pernah bekerja dengannya mesti tahu idea Azizi ada kala macam kartun sikit.
“Apapun, di saat negara ketika ini berhadapan penularan jangkitan Covid-19 yang tinggii, apakah bulu ketiak juga merupakan satu lagi pandemik?,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak melatah meskipun ada yang mengecamnya, Azhan berkata dia sudah memahami sikap segelintir netizen di media sosial. Ujarnya, jika ada yang tidak senang dengan perkongsiannya itu adalah hak masing-masing.
“Bagaimanapun, bagi pengikut saya di Instagram yang memang ‘follow’ sejak dahulu, mereka tahu karekter saya di media sosial macam mana dan okay saja.
“Apapun, kepada pengikut yang taknak ‘follow’ saya disebabkan bulu ketiak, itu hak masing- masing. Bagi saya, kini hanya bersyukur kerana masih ada tawaran berlakon,” katanya.