fbpx

Peminat Unfollow, Loya Tengok Azhan Rani Tayang Bulu Ketiak

Memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya menayang bahagian ketiaknya yang berbulu lebat seolah-olah tidak pernah dicukur, rata-rata pengikut kurang senang dengan perkongsian pelakon Azhan Rani.

Perkongsian Azhan Rani itu turut menguncang kecaman netizen yang mendakwa pelakon itu tidak menjaga kebersihan diri. Malah, ada yang meluahkan rasa geli melihat penampilannya.

BACA: Gara Gara Ustaz Hamadi, Azhan Rani Diugut Bunuh

 

Malah, lebih parah ada di antara pengikutnya yang terpaksa berhenti daripada mengikutinya di Instagram kerana merasakan Azhan Rani seorang yang pengotor.

Bagaimanapun, Azhan memberi penjelasan bahawa imej tersebut adalah sebahagian daripada wataknya dalam sebuah telefilem Kampung Latah Kena Kuarantin.

Menerusi satu entri lain, Azhan turut berkongsi gambar di sebalik tabir menunjukkan bulu ketiak tersebut hanyalah bulu palsu yang ditampal sahaja.

Dalam pada itu, ada dikalangan peminat meminta agar Azhan tidak mengambil pusing hal tersebut. Kata netizen lagi dalam hidup ini jangan terlalu ambil serius sangat sehingga tidak dapat bezakan bulu ketiak original ataupun palsu.