fbpx

“Saya Bukan Pondan Atau Bapuk, Nampak Lembut Tapi Ada Nafsu”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Roslan Shah mendedahkan dia bermimpi berkahwin dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Berang dengan kecaman netizen yang mempersoalkan mengenai kemampuannya untuk berkahwin, Roslan berkata meskipun dia berpewatakan lembut namun bernafsu terhadap perempuan.

BACA: “Walaupun Cik Lan Lembut Tapi Tetap Bernafsu Lelaki”

“Saya bukan pondan atau bapuk! Walaupun nampak lembut tetapi naluri kelelakian tu ada. Walaupun ada orang mempertikaikan tentang kemampuan nafsu saya sebab luar nampak lembut tapi sebenarnya saya pun ada nafsu,” katanya.

“Dalam pada itu, Roslan berkata dia tidak pernah jatuh hati kepada Vida namun mengakui jutawan itu pernah mengajaknya tidur ke rumah setiap kali ada mesyuarat di Ipoh.

“Saya banyak bekerjasama dengan orang-orang kaya Malaysia, jadi hati dan niat untuk bercinta suka dengan Datuk Seri Vida pun tidak.

“Memang saya selalu datang Ipoh untuk meeting, Vida pun pernah offer untuk tidur di rumahnya tapi saya tolak dan tidur di hotel,” katanya.