Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Roslan Shah mendedahkan dia bermimpi berkahwin dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
Menurut Roslan, mungkin kerana banyak sangat cerita mengenai Vida bakal berkahwin sehingga dia bermimpi namun menganggap ia hanyalah mainan tidur semata-mata.
BACA: Roslan Shah Mimpi Kahwin Dengan DSV
Kata Roslan lagi, dia sudah pun menghubungi Vida bagi menjelaskan mengenai perkara itu. Ujarnya, dia tiada niat langsung untuk mencari publisiti murahan. Ujarnya, meskipun dirinya berperwatakan lembut namun dia masih lelaki dan mempunyai fitrah yang sama seperti manusia lain.
“Maaf kata, Cik Lan hanya mimpi saja bukan isu ini serius pun dan sudah hubungi Datuk Seri Vida kasi settle dan tiada niat mencari publisiti murahan atau marketing pun. Tak terlintas di fikiran pun,”
“Janganlah isu ini ditularkan sampai ada netizen memaki hamun serta menghukum saya. Saya juga sudah memohon maaf kepada Iqbal menerusi mesej langsung (DM) di Instagramnya.
“Jodoh, ajal dan maut Allah tentukan. Cik Lan akui seorang lembut dan jangan menghina dan mengutuk dari luaran saja ya tapi sifat kelelakian itu tetap ada dan nafsu..sebagai manusia boleh berubah,” katanya.
Roslan juga berkata dia sedar dirinya tidak layak untuk berkahwin dengan Vida kerana dia bukan dikalangan kaya raya, namun tidak bermakna orang lembut tidak boleh bercinta.
“Saya memang tak layak berkahwin dengan Vida sebab saya bukan orang kaya-raya. Sebagai manusia, ada yang suka dan ada yang benci…itu semua adalah lumrah kehidupan kita.
“Yang penting kita jaga ibu dan ayah kita hingga ke akhir hayat walaupun kita seorang pelembut, dihina atau dicaci oleh manusia. Tak semesntibta seorang ‘lembut’ tak bole bercinta ya,” katanya.