fbpx

“Saya Bukan Pelarian, Kes JAIS Je Pun”

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sejak dia menghilangkan diri.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Sajat di Facebook menjadi perhatian ramai apabila menegaskan dirinya bukan seorang pelarian.

BACA: Sajat Yakin Diri Layak Jadi Timbalan Perdana Menteri

Menerusi video tersebut, Sajat berkata dia kini menjalani kehidupan seperti biasa namun enggan ke Jabatan Agama Islam (JAIS) selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah.

“Pasal apa aku nak jadi pelarian? Pasal kes JAIS ke? Tak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan. Pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat berkata apa yang terjadi padanya tidaklah seteruk seperti yang disangka namun kisahnya menjadi sensasi kerana dia merupakan seorang selebriti.

“Tak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan. Pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja. Sebab aku ni retis (artis), pasal itu jadi kecoh,” katanya.

Terdahulu, Sajat masih belum dikesan sejak waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.