fbpx

Sajat Yakin Diri Layak Jadi Timbalan Perdana Menteri

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Susulan itu, rata-rata netizen memetik nama usahawan kontroversi Sajat bagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

BACA: “Kenapa Pula Tak Layak Jadi PM? Apa Kurangnya Saya?”

Meskipun ia hanyalah gurauan sahaja, namun perkara itu turut mendapat perhatian Sajat yang mengatakan dia sememangnya layak untuk menjadi TPM dan menyifatkan dirinya seorang berjiwa rakyat.

“Of course! I layak kot, I ni berjiwa rakyat! Memang ramai yang tunggu saya naik jadi TPM. Gitew,” katanya.

Terdahulu, Aliff bersungguh-sungguh mengatakan dia adalah individu yang layak memikul tanggungjawab tersebut serta mempersoalkan apa kurang tentang dirinya.

Perkongsiannya itu turut mendapat reaksi ibunya, Bonda Rozita yang turut terhibur serta mengatakan anaknya itu seolah cari pasal dan memuat naik perkongsian yang boleh mengundang kecaman.