Sebelum ini hangat diperkatakan pelakon Zul Yahya menyeru pekerja belakang tabir meninggalkan industri hiburan untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT. Zul turut berkata dalam industri hiburan turut berlaku rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri.
Bagaimanapun, Zul menjelaskan tiada niat menghina apatah lagi mempersoalkan halal haram rezeki seseorang tetapi untuk mencari yang lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan. Malah, apa yang diperakatan itu dari pengalaman sendiri.
BACA: Zul Yahya Seru Pekerja Belakang Tabir Tinggalkan Industri Hiburan
“Saya cerita dari pengalaman yang dilalui sendiri. Saya bercakap pun untuk kebaikan dan bukan keburukan kerana apa disuarakan itu berkaitan hala tuju industri hiburan yang hingga kini masih tiada perubahan.
“Saya luahkan pandangan supaya golongan atasan dan pihak berkaitan dalam industri hiburan dapat melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik. Kalau mereka mampu lakukannya, maka duduklah di situ tapi jika tak mampu lebih baik undur diri,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zul, luahannya itu juga dikongsikannya bertujuan agar dalam industri hiburan membuat perubahan lebih baik. Mengulas soal keberkatan yang diperkatakan, ‘berkat’ itu sangat luas dan ia tidak akan datang dengan sendiri.
“Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa,” katanya.
Katanya, pilihan ada pada tangan masing-masing kerana rezeki oleh Allah SWT amat luas namun segalanya tetap menuntut pengorbanan.
Zul akui dia bersara dia bersara kerana sudah penat berhadapan dengan pelbagai kerenah ragam manusia dan turut mengakui industri hiburan sukar untuk membuat simpanan.