Zul Yahya Seru Pekerja Belakang Tabir Tinggalkan Industri Hiburan
Lebih 20 tahun bergelar anak seni, pelakon Zul Yahya menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meinggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.
Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan dosa dan hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja. Zul turut berkata dalam industri hiburan turut berlaku rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri.
BACA: Tak Kira Bangsa, Zul Yahya Sumbang Bantuan Makanan
“Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni… untuk adik-adik, sahabat yang berada salam industri filem, drama tanah air terutamanya belakang tabir iaitu kru teknikal dan kru produksi.
“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industry ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.
“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berkata pihak produksi hanya memikirkan keuntungan sahaja dan tidak menghargai penat lelah serta pengorbanan pekerja di belakang tabir. Kata Zul lagi, ketika ujian COVID-19 inilah kita diberi peluang untuk ubah jadi lebih baik.
“Ini yang kita nampak depan mata pernah berlaku nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorbanan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak Nampak pengorbanan itu.
“Ramai sahabat-sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka taka da apa-apa dah la EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada,” katanya.
Zul berkata lagi, dia bercakap berdasarkan pengalamannya, malah keputusannya untuk undur diri dalam industri hiburan merupakan yang keputusan terbaik buat dirinya.
“Saya bercakap berdasarkan pengalaman, itu satu sebab saya undur diri. Selagi belum ada corak baik selagi itu keberkatan taka ada, Sayang sedih tapi banyak jalan kita boleh usahakan, tinggalkan industri ini. Kita penat saja taka da siapa hargai,” jelasnya.
Ramai anak seni mati hina dan melarat atau xde sapa kenang pun usaha mrk. Jgn jd hamba kpd tuan panggung wayang, stesen TV. Baik kita jd hamba kpd Allah yg Esa!!
Blaming – the fine art of making others responsible for all the difficult things that happen to us and there is nothing we can do.
Bukan ke apa industri kita kerja ni dikira fardu kifayah? kalau semua orang tinggalkan industri hiburan, siapa nak imarahkan industri hiburan? Islam pun tak pernah halang berhibur.
kerja dalam bidang apa sekalipun, hatta bidang agama pun wujud kaki ampu, bodek, rasuah, maksiat. Yang penting, diri kita sendiri. Nak pilih jadi orang baik beriman, atau orang yang langgar perintah Allah SWT.
#DoneTazkirah10MalamTerakhir
gila ke apa nak imarahkan industri hiburan? biar betul bro. agak2 ah kot ye pun nak backup orang industri. maksud imarah, menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. belajar lagi ye bro? jahil sangat dah ni
-cccccc apo ka jadah nyer ko melalut labiiii? Ko ni species vivy itik ke? Mcm poyo jer