fbpx

Merangkul Anugerah Bintang Paling Popular di ABPBH34 semalam, pelakon dan pengacara, Janna Nick dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika ditemubual oleh media.

Mengakui perjalanan kariernya bukan mudah, Janna sedar dia merupakan selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi sehinggakan dia hampur putus asa dengan industri seni.

BACA: “Saya Nak Lari Dari Populariti, Tapi Diuji Dengan Kemenangan”

“Saya rasa sedih sebab saya tahu perjalanan saya bukanlah mudah. Saya bukan Malaysian Sweetheart, saya seorang artis yang banyak buat hal, saya tahu.

“Saya hampir give up dengan industri seni dan tidak mahu berada di bawah spotlight. Saya sudah cakap ingin undurkan diri kepada peminat dan saya anggap ini sebagai hadiah mereka buat saya.

“Selagi mereka nak sangat tengok saya beraksi seperti biasa. Dengan keadaan mental saya, saya akan cuba limitkan,” katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata bukan mudah bergelar seorang selebriti apabila hilang kehidupan peribadinya sehinggakan semua yang dilakukannya serba tidak kena.

“Saya hilang personal life, saya tak boleh buat apa-apa semua perkara jadi salah. Saya rasa tanggungjawab sangat besar. Saya ucap syabas kepada semua senior kerana tanggungjawab seorang selebriti bukan mudah.

“Kalau salah langkah habis kami. Terima kasih semua dan saya minta maaf sekiranya ada yang berkecil hati dengan saya. InsyaAllah peluang yang diberi hati ini akan menjadikan saya seorang selebriti dan individu yang memberi perkara positif kepada semua,” katanya.