fbpx

“Saya Nak Lari Dari Populariti, Tapi Diuji Dengan Kemenangan”

Dinobat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 semalam, Janna Nick turut membolot anugerah Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Menyifatkan anugerah diterima sebagai rezeki, Janna berkata sebolehnya dia mahu lari darpada populariti namun diuji dengan kemenangan.

BACA: Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 34

“Saya mahu lari dari populariti tetapi diuji dengan kemenangan. Apapun, terima kasih @janna_nicker dan semua yang mengundi. Mungkin ini yang terakhir. Cukup,” tulisnya.

Turut memuat naik gambarnya bersama tiga trofi, perkongsian Janna itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan netizen.

Untuk rekod, Janna meraih sebanyak 86,374,777 juta undian peminat secara atas talian. Ini merupakan pertama kali Janna dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.