fbpx

“Saya Bukan Lagi 21 Tahun, Dah Tak Sesuai Terjoget-Joget”

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berharap akan lebih matang dalam lagu dan penampilannya apatah lagi dia bakal menginjak usia 30 pada tahun depan.

Mesra disapa Lizzy, katanya sudah tiba masa untuk melakukan perubahan. Ujarnya lagi, dia juga merasakan sudah tidak lagi untuk terjoget-joget seperti kebiasaannya.

BACA: Elizabeth Tan Menangis Berjam-Jam Sebelum Panjat Gunung Kinabalu

“Saya dah 30 tahun depan. Kini berkahwin dan sedang merancang untuk mendapatkan anak. Saya bukan lagi 21 tahun. Rasa sudah tak sesuai terjoget-joget. Macam tak kena.

“Rasanya dah kena sedar dan tak boleh menipu diri sendiri. Orang akan menilai dan ia akan memberi kesan terhadap engagement saya dengan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berkata dia mahu pelahan-lahan membuang imej seksi dalam muzik yang dibawakan dan akan ketengahkan genre lebih santai dan tenang.

“Saya ada tiga single yang akan saya keluarkan pada tahun ini. Semuanya dalam Bahasa Melayu. Yang akan dikeluarkan bulan Jun depan seakan-akan lagu saya sebelum ini, Semua Sudah. Dua lagi single akan menyusul selepas itu. Kedua-duanya berentak lebih santai.

“Tahun ini adalah tahun ke lapan saya dalam industri. Genre lagu mungkin perlu diubah. Saya masih yang sama. Cuma jenis muzik akan sedikit berbeza,” katanya.