Umum mengetahui Sharnaaz Ahmad seorang yang lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial, bagaimanapun pelakon itu menafikan sikap panas baran dirinya menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Noor Nabila.
Dakwaan itu timbul apabila seorang pengguna Twitter mendakwa sikap panas baran Sharnaaz antara punca permasalahan dalam perkahwinan yang baru berusia dua tahun itu.
BACA: “Saya Redha Kalau Perpisahan Yang Dipinta”
Tidak hanya berdiam diri, Sharnaaz menafikan dakwaan liar itu dengan nada sindiran serta mendoakan behagaiaan netizen tersebut. Sharnaaz juga menegaskan bahawa panas baran bukan punca keretakan rumah tangganya.
“Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya. Saya rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya dengan hanya satu kilas. Tahniah.
“Tapi, saya boleh jamin bukan soal baran yang menjadi masalahnya. Harap Cik Anis bahagia dunia akhirat,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu yang sewenang-wenangnya membuat spekulasi dan sibuk menjaga tepi kain orang.
Terdahulu, gambar di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah yang dimuat naik di Insta Story akhirnya terjawab apabila Noor Nabila mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya,Sharnaaz Ahmad.