fbpx

“Saya Redha Kalau Perpisahan Yang Dipinta”

Berikutan pendedahan yang dibuat Noor Nabila mengenai penceraian mereka, Sharnaaz Ahmad redha dengan keputusan yang dibuat isterinya dan enggan bercerita lanjut mengenai punca sebenar kerana ianya terlalu peribadi.

BACA: Noor Nabila Sah Fail Cerai Terhadap Sharnaaz

“Jujurnya, lidah saya kelu untuk berkata. Memandangkan dia yang meminta perceraian, saya kena ikut sajalah. Saya takkan bercakap perkara buruk kerana saya masih matang dan waras untuk berfikir. Nabila ibu kepada anak kami”

“Hal rumah tangga terlalu peribadi. Sejak awal lagi, saya tidak gemar berkongsi dengan media. Namun, berikutan ia sudah dibawa ke mahkamah, saya sekadar ingin memaklumkan, saya cukup matang untuk melaluinya”

Menurut Sharnaaz, saat beliau diuji dengan dugaan ini, beliau bersyukur keluarganya tidak pernah mencampuri urusan mereka suami isteri dan sentiasa berada di belakang beliau memberikan sokongan moral.

“Ibu bapa dan adik-beradik saya tidak pernah masuk campur dalam hal rumah tangga kami. Ia prinsip keluarga saya sejak awal lagi. Mereka yakin, saya sudah matang untuk menanganinya. Namun, mereka takkan membiarkan saya bersendirian melaluinya,” jelasnya

Dalam masa sama, Sharnaaz menegaskan walau apa pun yang terjadi diantaranya dan isteri, cahaya mata beliau, Ayden Jebat tetap menjadi keutamaannya. Sebelum ini Nabila mendedahkan sudah menfailkan penceraian buat suaminya. (rtky/w)