Penyanyi Ameng Spring menzahirkan terima kasih kepada pihak polis yang menangkapnya kerana itu menjadi titik perubahan dalam kehidupannya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ameng mengakui dia bukan manusia yang baik namun di pengalaman di tirai besi mengubah dirinya.
BACA: Ameng Dedah Jamal Abdillah Bawa Duit Nak Jamin Ketika Di Penjara
“Diri saya bukanlah seorang yang bagus tapi saya ‘dibaguskan’. Kalau saya tak masuk penjara, saya takkan jadi macam sekarang,” katanya.
Sementara itu, Ameng turut berterima kasih dengan pihak polis yang tegas menjalankan tugas ketika ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
“Saya berterima kasih kepada polis yang tangkap saya. Dia tidak makan rasuah. Cuba bayangkan kalau dia makan rasuah, saya duit banyak, tanah pun banyak berpuluh ekar.
“Saya boleh bayar kalau dia makan rasuah. Tapi Allah jentikkan hatinya supaya ‘straight’ dengan saya dan tangkap saya. Terima kasih tuan, menjalankan tugas dengan betul ketika itu,” katanya.