Pelakon Fathia Latiff berkata dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya ketika ini apabila ada yang memberi cadangan mengenai penampilan wajahnya.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut menyarankan Fathia untuk menjalani rawatan wajah ‘fat grafting’ dan ‘contour muka’ di Korea untuk keyakinan diri.

BACA: Fathia Latiff Syukur Dapat Job Dengan Aliff Syukri

“Fathia ni kalau pergi Korea buat fat grafting dan contour muka dia semula, rasanya dah tak berdosa. Bukan ubah apa-apa, untuk keyakinan diri. Kumpul duit atau pun pinjam duit mak ayah. Labur sikit duit dekat anak,”tulisnya.

Membalas komen berkenaan, Fathia berkata dia tidak mahu lakukan apa-apa pada wajahnya dan enggan peduli dengan apa diperkatakan orang ramai.

“Saya dah bersyukur dengan apa yang saya ada… saya tak nak buat apa-apa dah dekat muka saya, biarlah orang nak kata apa-apa pun,” katanya.

×