fbpx

Bakal diijabkabulkan malam ini, Mira Filzah sempat berkongsikan detik perkenalannya dengan bakal suami, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Mira berkata pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu, sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

BACA: Pesanan Ibu Buat Wan Emir Sebelum Bergelar Suami Mira Filzah

“Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan.

“Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak memang mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi,” katanya.

“Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya

Malah, Mira menjelaskan hanya memerlukan lima hingga enam kali pertemuan sahaja sebelum memutuskan memberitahu ibunya hasrat hati untuk mendirikan rumah tangga dengan Emir.

“Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .

“Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat. Jadi, saya terus beritahu emak hasrat hati untuk berkahwin.

“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama,” katanya.