Pesanan Ibu Buat Wan Emir Sebelum Bergelar Suami Mira Filzah
Kurang 8 jam sahaja lagi, pelakon Mira Filzah bakal diijabkabulkan dengan anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Yazid iaitu Wan Emir Astar Wan jam 8.30 malam ini.
Apa yang pasti, ramai peminat yang tidak sabar untuk menantikan majlis penikahan malam ini bagi menyaksikan pasangan ini disatukan sebagai suami isteri.
BACA: Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah
Namun, menerusi Facebook Datin Mastura, beliau sempat menitipkan sedikit coretan khas buat anakanda sulungnya yang begitu menyentuh hati sebelum bergelar suami kepada Mira Filzah.
Dalam perkongsian itu, beliau memaklumkan Allahyarham suaminya ingin sekali melihat anak sulung mereka menamatkan zaman bujang secepat mungkin namun beliau tidak berkesempatan.
Malah, Datin Mastura memberitahu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Kahir-ril juga sudah membuat rekabentuk pelamin untuk anaknya itu sama seperti yang dilakukan semasa majlis perkahwinan anak keduanya, Wan Imar.
Datin Mastura turut memaklumkan bahawa arwah suaminya sempat menitipkan pesanan kepada Wan Emir agar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab apabila tiba masanya nanti.
“Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah,” tulisnya.
Lantas… Haruskah kami berguling-guling sambal terkinja-kinja dengan ais krim Malaysia di tangan kanan?
bgulinglh ada dorg kisah hahahah lucu plak
kisah plak kita…..
Sejak bila mereka ni selebriti RK? Adakah akak ketinggalan bas feeder dri MRT stesen tadi??
Shooooo shweeettt… Nangis nya baca. Mcm romeo and juliet. Jom doakan yg baik2 utk mereka semoga Allah hntr kat kita double the good we pray for others.
Justeru itu, haruskah kami terkinja-kinja sambil tersenyum manja?