fbpx

“Saya Berhak Untuk Cari Kebahagian Diri Sendiri”

Dalam satu temubual pertama bersama media selepas mengumumkan yang beliau kini sudah tidak bertudung, Emma Maembong memberikan reaksi pertama beliau terhadap apa yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai ketika ini.

Emma Maembong berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana mana pihak atas keputusan untuk tidak bertudung ini namun berkali kali mengatakan yang komen dari orang ramai menyukarkan dirinya untuk terus istiqamah.

BACA: Emma Maembong Sahkan Tidak Lagi Bertudung

“Kadang kadang kita sebagai manusia bila mana kita berada di bawah (lowest point), lagi orang doakan benda buruk terjadi pada kita — memang yang buruklah terjadi pada kita”

“Kalau orang lebih positif dan doakan yang baik baik mungkin saya akan teruskan (bertudung) tapi saya bukan nak salahkan mana mana pihak,” ujar Emma Maembong.

“Nak ambil hati dan jaga hati semua orang tidak boleh jadi saya buat keputusan untuk diri saya sendiri,” tambahnya lagi.

Tonton temubual penuh bersama Berita Harian dalam video di atas dan semoga Emma Maembong gembira dengan keputusan yang dibuat dan tidak perlu lagi berselindung untuk mencari kebahagian diri sendiri. (rtky/m)