fbpx

“Saya Berdoa Supaya Tak Buka Tudung Lagi Lepas Ni”

Kembali berhijab sebelum Ramadan lalu dan mahu memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, Fathia Latiff menafikan tindakannya berhijab semula untuk mencari publisiti atau untuk mendapatkan tawaran berlakon.

Fathia berkata penghijrahannya itu adalah urusan antara dirinya dengan Allah sahaja. Menurut Fathia bukan dia yang mendedahkan tentang dirinya sudah kembali bertudung tetapi rakan wartawan yang bertanya.

BACA: Fathia Latiff Ambil Masa 5 Tahun Untuk Lupakan Aiman Hakim

“Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti.

“Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka. Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang,” katanya kepada Astro Gempak.

Sering menerima kecaman netizen, Fathia mengakui ianya bukan perkara mudah . Bagaimanapun, dia sentiasa mahu melakukan kebaikan dan berdoa agar terus istiqamah serta tidak akan membuka tudung lagi selepas ini.

“Tapi saya dah selalu kena kecam. Siapa yang tak nak buat baik kan. Jujur saya cakap bukan senang.

“Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri. Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqomah dan doa baik-baik saja,” katanya.

Terdahulu, Fathia mengakui dia berdepan fasa sukar dalam hidupnya untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza. Menurut Fathia bukan mudah melupakan seseorang yang pernah disayanginya sehinggakan dia mengambil masa 5 tahun untuk move on.